Sunday, November 20, 2011

Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti

Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti.

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pembaca blog Miza. Hari ni Miza nak kongsi sedikit cerita minyak zaitun membantu masalah obesiti. Bagaimana ye???Minyak zaitun boleh menentang obesiti??? Terutamanya bagi pengamal diet SD2, pasti ada yang tertanya-tanya apa kebaikan minyak zaitun dalam program penurunan berat badan. Sedangkan semua orang tahu minyak selalunya tidak baik untuk kesihatan kerana lemak yang terkandung didalamnya. Namun, minyak zaitun amat berbeza.
Buah Zaitun

Bagaimana Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti?
Dalam Program Diet SD2, anda dinasihatkan mengambil satu sudu minyak zaitun dalam setiap kali pengambilan SD2 empat kali sehari. Persoalannya, mengapa???
Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun mengandungi 0 gm Karbohidrat, 9 kkal/gm Kalori, Vitamin E, Vitamin A, Vitamin K, Omega 3 dan Omega 6. Sejarah telah membuktikan selain dari segi penjagaan kesihatan yang baik, masyarakat Mediterenian (Sepanyol dan Yunani) yang kaya dengan hasil minyak zaitun mengalami masalah obesiti dan kegemukan yang sangat kecil. Pengamalan secara berterusan boleh menurunkan berat badan sebanyak 8kg dalam masa 3 bulan.
Kandungan nutrien dalam minyak zaitun berupaya memberi rasa kenyang yang lama. Minyak zaitun akan memerintah otak untuk mengeluarkan hormon leptin lebih banyak. Hormon leptin lawannya ialah hormon ghrelin. Leptin adalah hormon yang bertugas sebagai pemberi rasa kenyang manakala ghrelin adalah hormon yang memberi rasa lapar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun bersama SD2 sebelum makan akan mengawal kita mengambil makanan yang berlebihan.

Minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan membakar 3 kali lebih cepat berbanding lemak tak baik.Selain dari itu, minyak zaitun juga berfungsi meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Pengambilan minyak zaitun mampu meningkatkan 60% kadar metabolisme berbanding mereka yang tidak mengambilnya dan membantu penghadaman yang lebih lancar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan lebih cepat. Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan minyak zaitun yang berkualiti untuk membantu penurunan yang lebih pantas.
Namun minyak zaitun ada berbagai jenis. Nak pilih yang mana?

Jenis Minyak Zaitun.
Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti

Terdapat pelbagai pilihan minyak zaitun di pasaran. Pastikan pilih yang tertulis 'extra virgin' atau 'virgin' kerana
ia adalah yang terbaik untuk kesihatan.Ia juga mengandung polypenol yang tinggi iaitu anti-oksidan yang tinggi untuk kesihatan jantung. Hem.....banyak lagi khasiat buah zaitun ni. Cuma disini Miza kongsikan yang berkaitan untuk membantu masalah obesiti sahaja.Semoga berjaya. Yang pasti minyak zaitun membantu masalah obesiti.

Monday, November 7, 2011

3 Kesalahan Ketika Bersenam

3 Kesalahan Ketika Bersenam.


Assalamualaikum dan salam sayang. Hari ini Miza ingin berbicara sedikit mengenai 3 kesalahan ketika bersenam yang biasa kita lakukan. Ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk bersenam di pusat rekreasi,gimnasium atau dimana saja yang kita minati. Namun adakah corak senaman kita itu benar-benar boleh menurunkan berat badan atau hanya letih sahaja yang diperolehi. Kesian pula rasanya bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tiada menunjukkan kesan. Akhirnya ramai yang berputus asa.Mari kita lihat 3 kesalahan ketika bersenam berikut :

1.  Berjalan kaki. Sekarang ini galak kita lihat kempen berjalan 10,000 langkah. Disini Miza ingin menasihati semua yang ingin menurunkan berat badan, agar berjalan pada trek yang ada kecondongan iaitu ada turun dan naik bukit. Bukan trek yang rata. Bagi yang menggunakan treadmill cubalah naikkan kecondongan treadmill pada sudut 15-20 darjah.

2.  Berbasikal. Berbasikal juga bagus namun untuk tujuan menurunkan berat badan berdirilah ketika mengayuh. Jika anda masih berdegil untuk duduk, tiada kesan akan diperolehi. Berdirilah agar posisi badan dapat bergerak dan membakar lemak lebih banyak.

3. Jogging. Berjogging boleh mengurangkan otot. Ini amat merugikan kerana otot boleh membantu membakar lemak lebih banyak. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan kadar metabolisme seseorang. Cara yang lebih baik adalah dengan menukarkan tahap kekuatan antara berjalan dan berlari. Tak kisahlah kekuatan yang bagaimana kerana mengikut kemampuan diri.

3 kesalahan ketika bersenam ini jika dapat dielakkan, Miza percaya penurunan berat badan akan menjadi lebih mudah. Cubalah, insyaAllah anda pasti berjaya.

Sunday, November 6, 2011

Bersenam Meningkatkan Metabolisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang Miza sayangi.....
Miza baru balik dari kampung sempena Aidil Adha. Rasa seronok cuti ni sebab kebetulan di kampung ramai yang menyertai penyembelihan korban. So dapatlah daging lebih sikit tahun ni. Apa lagi, Miza pun minta kebenaran dari mak mentua untuk buat daging bakar cicah air asam. Hehehehehe....bukannya apa. Dah lama teringin nak makan daging bakar. Hem....meleleh air liur...
Di kampung Miza sempat juga bersenam di Dataran Labis. Best juga...Walaupun di kampung majoriti bangsa yang suka bersenam tetap bangsa Cina, namun mereka lebih mesra menyapa kita. Boleh dikatakan sepanjang berjogging + berjalan, raut wajah tak lekang dari senyuman dek mesranya masyarakat disini. Disini aku tak banyak jogging sebab trek terlalu rata. Miza mengambil keputusan untuk turun-naik tangga saja.
Hari kedua Miza bersenam disekitar perkampungan mak mentua saja sebab trek lebih bagus dengan banyaknya jalan yang turun-naik bukit. Hehehehehe.....konon nak mencabar sikit akhirnya macam nak pewai bila sampai dirumah. Disekitar perkampungan Miza lihat ramai bangsa Melayu bersenam dengan cara berkebun diawal pagi.Bagus juga sambil bersenam menanam budi pada tanah banyak fadhilatnya. Macam ayah Miza walaupun tinggal di pinggir bandar masih suka berkebun dan untungnya ayah Miza boleh mendapat keuntungan hasil dari titik peluhnya dengan menjual hasil pertanian ke pasar tani, pasar borong dan kedai runcit sekitar Seremban.
Berbalik kepada cerita bersenam, Miza ingin menasihatkan semua yang mengambil SD2. Walaupun SD2 boleh menurunkan berat badan tanpa senaman namun bagi yang mempunyai berat yang amat berlebihan senaman itu sangat penting. Miza juga begitu. Berat Miza dahulu 89kg. Sehingga pada satu tahap berat Miza tidak berubah lagi. Nak tak nak Miza mesti bersenam untuk menurunkan berat badan. Bersenam juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme. Perlu diingatkan senaman mesti betul. Jika tidak penat saja yang dapat tapi berat tetap tidak turun.

Tuesday, October 4, 2011

Cara untuk meningkatkan kadar metabolisme bagi mempercepatkan pernurunan berat badan


10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))
9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas

Monday, October 3, 2011

KENAPA BERAT TAK TURUN WALAUPUN DAH PENAT DIET….????

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.



Lama sungguh Miza tak update blog.. lepas balik raya aritu sibuk sungguh... naik sekolah ni, order slim diet 2 semakin bertambah.. syukur alhamdulillah.. rezeki tu.. seronok rasanya bila dapat bantu mereka yang nak turunkan berat badan… ramai juga yang berpuas hati dan terus repeat order..
Kali ini Miza nak cerita pasal kenapa berat  tak turun… Miza ada juga terima soalan-soalan ini.. bukan produk slim diet 2 yang tak jadi, tapi sebenarnya kesalahan yang kita tak sedari yang menyebabkan berat kita tak turun..
Pertama
air…air memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dalam penurunan berat badan kerana air boleh membantu untuk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi… maksudnya , air ni kosong nutrisi , tak ada carbs , atau lain-lain… jadi , rugi lah kalau kita minum air kurang.. belum lagi kira untuk buah pinggang… sebab tu jangan sesekali kurang air.. 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti..
Kedua


Tidak cukup makan.. ish, mane boleh macam ni,  makan mesti cukup. Berapa kali nak cakap, jangan skip makan.. jangan berlapar… ada yang sampai sakit2 kepala pasal tak makan, ni dah salah… makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar.  Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi… tambah lagi dengan exercise, lagi la tinggi…

Ketiga..

Karbohidrat tersembunyi… Ini biasanya datang daripada kuah yang kita tak perasan ada carbs yang tinggi.. sila check bab kuah ye…plus, kita mesti baca label betul-betul…teliti betul-betul kandungan karbohidrat tu.. yang pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus.


Keempat..


Yang pasti Slim Diet 2  wajib di ambil 2 scoop 4x sehari.. pasal ada yang nak jimat dengan mengambil 3x sehari sahaj.. so macam mana nak turun cepat kalau dos kurang.. tak yah jimat lah.. nak turun berat cepat ke lambat..?? lepas tu complain kata SD2 tak berkesan..


sooo.. mulai hari ni.. pastikan keempat-empat tips tuh buat betul-betul.. barulah dapat bentuk badan idaman..  raya sebulan telahpun berlalu... dan kini adakah berat masih sama, berkurang atau bertambah? jadi pastikan anda semua berhati-hati masa memilih makanan ya.. jangan pulak dah turun berat masa bulan puasa hari tu, dah cun melecun.. lepas tuh naik balik badan pasal open house sampai 4-5 buah rumah sehari.. INGAT MATLAMAT ANDA KENAPA NAK TURUNKAN BERAT BADAN….

Untuk yang nak cuba slim diet 2 boleh lah hubungi Miza (rosmeza71@gmail.com)    017-6763608
kalau ada kelapangan cuba surf macam-macam tips yang dah Miza share dalam website Miza http://slimdiet2-amieza.blogspot.com

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA DARI SLIM DIET 2

Syukur alhamdulillah.. Kita telah hampir kepada penghujung bulan ramadhan. Bagaimana persediaan untuk menyambut hari raya? Jangan membazir ya. Belanjalah apa yang perlu sahaja. Miza pun hanya tempah baju raya 2 pasang baju kurung je, yang lain pakai je mana-mana baju yang ada. Tak sabar nak balik raya. Tambah-tambah lagi badan semakin slim rasa semangat lain macam je nak beraya… Rasa seronok sangat sebab baju raya tahun ni berbeza sangat ukurannya.

Miza akan beraya di Seremban dan Johor dari 27hb hingga 4hb Sept. Jadi untuk mereka yang memerlukan stok Slim Diet II, elok lah dapatkan stok sebelum Miza cuti beraya. Call Miza nanti ya kalau ada yang nak beli SD2. Kalau habis stok susah pulak. Dah lah nanti raya makan banyak, makan karbo pulak tuh.. Jadi kalau minum sd2 dapat bantu bakar biskut, lemang, lontong yang kita makan tu. Dengan itu badan pun tak akan naik walaupun makan banyak. Sekali sekala reward yourself dengan hardwork yang telah kita usaha untuk loose the weight. Tak salah.. Cuma pastikan wajib minum slim diet 2 sebanyak 8 scoop sehari.
Jangan lupa, beli lah apa-apa hadiah untuk mak dan ayah sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka. Tak semestinya nak kena beli barang yang mahal-mahal.. Miza percaya mereka tak pernah pun berkira… janji kita ingat kepada mereka.. tidak ada yang lebih berharga pada mereka, hanyalah anak-anak.. 

Akhir kata, Miza nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf kalau selama ini ada terkasar bahasa semasa kita berkomunikasi melalui email, sms ataupun phone call..


Untuk mereka yang berminat nak cuba SLIM DIET 2, masih ada peluang lagi untuk turun 2-3kg sebelum raya
Hubungi Miza hari ini.. 017-6763608  (amieza96@yahoo.com)
facebook : ROSMEZA OTHMAN
Insyallah Miza akan cuba hantar sebelum balik raya…  Untuk mereka yang tinggal di sekitar Seremban, kalau nak jumpa Miza boleh lah call..

SELAMAT HARI RAYA….

Thursday, July 14, 2011

PROGRAM KEKAL KURUS DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT SELAMA 2 HARI (23hb dan 24hb Julai 2011)

Salam buat semua,ini ada berita baik buat semua pengamal SD2 dan yang ingin mengamalkan SD2.
Miza ada ramai permintaan daripada pengguna SLIM DIET 2 yang nak tahu lebih terperinci bagaimana nak turunkan berat badan dan bagaimana untuk kekal lansing walaupun dah berhenti amalkan SLIM DIET 2.. Jadi  En Kamarul Nordin, salah seorang pakar pemakanan dan berdiet telah bersetuju untuk berkongsi ilmu-ilmu yang beliau ada dengan anda semua pada hari tersebut.. Program ini akan di adakan selama 2 hari kerana kami mahu anda betul-betul tahu:-
  • Bagaimana Cara Yang Mudah, Cepat,& Selamat Untuk Menurutkan Berat Badan????
  • Penemuan Rahsia mengekalkan berat badan SEPANJANG HAYAT??
  • Menurunkan Berat Badan TANPA PERLU BERLAPAR??

Di dalam PROGRAM KEKAL KURUS DAN SIHAT SEPANJANG HAYAT akan kami kupaskan bagaimana untuk:- ~ Memahami Rahsia & Konsep Berdiet Yang Lengkap
~ Menjalani Fasa-fasa Berdiet Dengan Terperinci
~ Cara2 Memantau Komposisi Badan & Kemajuan Berdiet
~ Memahami Masalah Berdiet & Cara Menanganinya
~ Memahami 4 kunci Penting Berdiet
~ Memahami Kenapa Berat Turun Perlahan Dan Cara Mengatasinya..

MAKLUMAT PROGRAM KEKAL KURUS & SIHAT SEPANJANG HAYAT
TARIKH: 23hb (sabtu) dan 24hb (ahad) Julai 2011
MASA: 9am-4pm
TEMPAT: Tingkat 20, Blok A, Northpoint Office, Midvalley City, Kuala Lumpur.. (Berhadapan dengan Midvalley megamal shopping complex)
BAYARAN: RM80 sahaja untuk 2 hari

Untuk makluman semua, tempat terhad (50 orang sahaja)… Jadi Miza rasa, inilah peluang terbaik untuk anda yang betul-betul ingin turunkan berat badan dengan cepat dan selamat sebelum raya nanti.. Miza pasti ramai yang bercita-cita untuk membuat kejutan kepada sanak saudara di kampung nanti.. balik-balik raya nanti, sure ramai yang terpesona dengan anda yang dah slim dan cantik.. wow!!!!

Insyaallah anda pasti akan mempunyai keyakinan 100% untuk dapat turun berat badan… Kepada yang nak bertunang, nak kawin tak lama lagi, ini lah peluang anda… Untuk mereka yang nak join Miza pada hari tersebut boleh lah hubungi Miza 017-6763608. Cepat supaya Miza boleh berurusan segera dengan pihak pengurusan.

JANGAN TUNGGU-TUNGGU… NANTI TAK SEMPAT NAK KURUS DAN CANTIK SEBELUM HARI BAHAGIA NANTI.. CALL SEKARANG..!!!!


 

 

Sunday, June 26, 2011

FiberMax Suplemen Serat Makanan Semulajadi (Bantu Melawaskan Sembelit...)

FiberMax – Suplemen Serat Makanan Semulajadi (untuk membantu mereka yang susah untuk buang air besar juga baik untuk pembersihan kolon)


• Lima jenis serat larut
• Larut dalam air dan jus
• Enak dan serbaguna
• Pek ekonomi baru bersaiz 420 gm / tin
• Membantu penghadaman yang sihat untuk jangka panjang

New Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium, serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan. Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat khususnya yang istimewa.
Sekiranya anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak 30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih baik dan berkesan.

Ekstrak Akar Chicory

Serat larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama, kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk usus yang lebih sihat.

Psyllium

Kebanyakan jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium (sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato, terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermenafaat dalam kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum, selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa menafaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh larut.
Psyllium telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir boleh dipanggil serat “ajaib”  kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi serat larut dan juga serat tak larut.

Serat Soya

Serat soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
  • Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
  • Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
  • Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
  • Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
  • Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
  • Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit


Dedak Oat

Dedak oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat. Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol terhadap pengambilan dedak oat.  Ia menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu, mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat banyak menafaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.

Pektin


Pektin Epal

 Pektin juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan usus.







 

Campurkan FiberMax kedalam setiap hidangan SD2 untuk penurunan berat yang lebih berkesan.

Tuesday, June 21, 2011

Apakah Rahsia Kejayaan Slim Diet 2 Dalam Menurunkan Berat Badan Anda?

Ramai rakan-rakan dan pengguna SD2 bertanya kepada Miza, "macam mana dengan makan apa saja tapi boleh kurus?", "betul ke wajib makan untuk kurus?" dan berbagai lagi pertanyaan. Di sini Miza ingin menerangkan serba sedikit bagaimana SD2 berjaya menurunkan berat badan anda.

Badan anda mempunyai 2 sumber tenaga iaitu:
1. Makanan yang anda makan
2. Lemak yang tersimpan atau terkumpul dalam badan.


Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula atau kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai Tahap Karbohidrat Kritikal atau ringkasnya CCL. Apabila lemak hancur, ketona dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Ketona diukur menggunakan kertas jalur ujian air kencing atau KETO STICK (lihat gambar di bawah). Dapatkan Keto Stick ini dari Miza pada harga RM20. Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.

Pastikan bacaan adalah berwarna 'pink' (merah jambu)
UJIAN AIR KENCING JALUR KETOSTIK

Warna Putih/Tiada = Pengambilan karbohidrat terlalu
                                 tinggi untuk menggalakkan
                                 pemecahan lemak.
Warna Pink           = Bacaan ideal yang menunjukkan
                                 berlakunya pembakaran lemak.
Warna Ungu          = Perlu menambahkan pengambilan
                                 karbohidrat dan air.
** Waktu yang paling sesuai melakukan ujian adalah seawal waktu pagi.Jalur Keto Stik mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna.

Sunday, June 19, 2011

Pengambilan Slim Diet 2 Ketika Berpuasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Diam tak diam kini dah pun masuk bulan Rejab.Lepas Rejab bulan Syaaban diikuti pula Ramadhan. Tentu sekarang ni ramai yang berpuasa sunat atau pun puasa ganti. Apa-apa pun Miza pasti pembaca ingin mengetahui cara-cara mengamalkan Slim Diet 2 ketika berpuasa. Jangan risau disini Miza akan terangkan cara-cara pengambilan Slim Diet 2 ketika berpuasa.

Kaedah Pertama:
  •  SD2 - 2 skup dan ambil sahur seperti biasa
  •  SD2 - 2 skup ketika berbuka sebelum mengambil juadah.
  •  SD2 - 2 skup sebelum solat Tarawih
  •  SD2 - 2 skup sebelum tidur.

Kaedah Kedua:
  •  SD2 - 3 skup sebelum bersahur
  •  SD2 - 3 skup ketika berbuka iaitu sebelum mengambil juadah
  •  SD2 - 2 skup sebelum tidur.
*Pastikan sehari ambil 8 skup SD2 dan amalkan pemakanan seperti yang dicadangkan sahaja.Lihat cadangan pemakanan di ruangan Resepiku.

Walaupun niat berpuasa bukan untuk kurus namun Miza pasti puasa sambil mengamalkan Slim Diet 2 amat berkesan dalam membantu penurunan berat badan. Bagi yang masih tercari-cari produk penurunan berat badan buatlah pilihan dengan tepat dan pantas. Mengapa hendak bertangguh lagi.Produk Slim Diet 2 amat berkesan dan paling penting selamat. Ada tiga bulan saja lagi untuk kita bergaya pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Jika ikut peraturan yang ditetapkan 12kg pasti turun dalam masa 3 bulan. Buktinya Miza sendiri. Dulu sebelum mengamalkan Slim Diet 2, berat Miza 89kg kini selepas 6 bulan berat Miza 69kg.Malah bagi mereka yang tiada masalah dalam kesihatan penurunan lebih banyak dari Miza. Kuasa tindakan ditangan anda. Bertindaklah dengan pantas demi kesihatan diri kerana obesiti adalah pengundang pelbagai penyakit.
Hubungi Miza 017-6763608 atau layari http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com untuk maklumat lanjut. InsyaAllah Miza sedia membantu.

Monday, June 13, 2011

Tips Kurus Badan Secara Selamat

Alhamdulillah…. lega sikit rasanya harini.. dapatlah Miza luangkan masa untuk berkongsi sedikit tips untuk semua yang sedang mengamalkan SLIM DIET 2 untuk menguruskan badan juga pada mereka yang masih lagi tercari2 produk untuk kurus..
Memang sebaiknya kita mencari cara menguruskan badan yang selamat.  Pelbagai bahan di jual di pasaran yang digunakankan untuk kurus badan,  tetapi adakah bahan kurus badan yang di jual itu selamat diamalkan? Mungkin mereka menjanjikan selamat.. Tiada kesan sampingan.. tidak berbahaya.. tetapi siapa boleh menjamin kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan menurunkan berat badan tersebut?
Contohnya bahan yang kini amat popular yang dapat mengurangkan selera makan iaitu hoodia , ada sumber mengatakan hoodia  boleh mengakibatkan kesan pada hati jika diambil dalam jangka masa panjang. Jika ubatan mengunakan dadah seperti duramin dsb. pula memberi kesan pada otak dan pengambilanya hanya disyorkan dalam masa yang singkat sahaja dalam lingkungan 3 bulan jika tidak ia akan membawa kesan buruk. Miza pernah cuba semua tu semata-mata nak turun berat.. Memang boleh turun berat, pasal kita jadi tidak ada nafsu untuk makan, tapi selepas berhenti je, terus naik badan dengan mendadak.. :(

Kali ini Miza ingin menceritakan mengenai lecithin, mungkin tidak ramai lagi mengetahui bahawa lecithin adalah bahan yang dapat digunakan untuk kurus badan. Lecithin selalunya diperolehi daripada extract soya.
Lecithin adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan. Tahu tak orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.


Kebaikan Lecithin
1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
7. Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yang membakar lemak dalam badan. Inilah yang pentingnya untuk kurus badan.
9. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Jadi pada yang tengah mengamalkan diet SLIM DIET II (SD2) apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan  ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.
Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin  E tersebut. Terdapat berbagai jenis jenama diluar sana dan senang untuk dibeli.. memang bagus sangat..
Jadi apa kata anda amalkan produk SLIM DIET 2 + lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping dapat turunkan berat badan dengan selamat, baik untuk kesihatan dan mental anda. Selamat mencuba….

Untuk keterangan lanjut… jangan segan-segan hubungi Miza tau.. (017-6763608) / http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com/ / rosmeza71@gmail.com hari ini juga.. jangan tangguh-tangguh lagi kerana lemak anda semakin hari semakin menebal tu.. Insyallah Miza akan cuba bantu mereka yang betul-betul nak turunkan berat badan anda dengan mencuba produk SLIM DIET 2… :)

Friday, May 13, 2011

Masalah hormon seperti perubahan dalam haid boleh menyebabkan anda susah turunkan berat badan.

Emmm… ini soalan yang selalu Miza terima daripada mereka yang mengamalkan diet slim diet 2… Mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur.. memang sukar untuk turunkan berat badan… dah amalkan diet SD2 tapi masih tak turun jugak berat.. memang pening kepala juga bila terjadi macam ni..
Diantara tanda-tanda lain adalah perubahan dalam kitaran haid yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
  • Kesukaran untuk hamil
  • Haid yang terlalu jarang (biasanya lebih dari 6 minggu)
  • Haid yang terlalu kerap (biasanya kurang dari 3.5 minggu)
  • Pendarahan yang banyak
  • Ketompokan darah kotor
  • Pendarahan yang tidak terhenti-henti
  • Kekejangan atau senggugut keterlaluan
Jika anda ada tanda-tanda begini, maka besar kemungkinan anda menghidapi masalah hormon yang tidak seimbang dan mengganggu diet anda.  Perbetulkanlah hormon anda dahulu sebelum berdiet.

Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah cuba amalkan Evening Primrose Oil (EPO) untuk stabilkan hormon… juga kita boleh cuba WILD YAM.. (Wild Yam adalah herba yang terbaik untuk menstabilkan hormon) boleh cuba cari kedua-dua produk ini di farmasi.. kalau tak dapat juga, cuba berjumpa dengan doktor.. insyallah bila dah hormon kita kembali normal, kita dapat turunkan berat badan dengan mudah… cubalah ya…

Wednesday, May 4, 2011

Jadual Produk dan Presentation Mei 2011

Salam semua...
Di sini Miza ingin maklumkan sekiranya ada yang ingin mengetahui lebih lanjut pasal produk Alpha lipid dan Slim Diet II bolehlah ke tempat-tempat yang tersebut di bawah. Nanti call Miza (017-6763608), boleh kita berjumpa.. Kalau ada yang mempunyai apa-apa masalah untuk berdiet, boleh kita bincang nanti..
Untuk mereka yang berminat nak dapatkan extra income, boleh juga dapatkan tips-tips disana. Jangan lepaskan peluang hebat ini.

2/5 MON-8:30pm SD Club, Sri Damansara, Selangor
3/5 TUE-8:30pm Seremban, Hotel Sri Malaysia
4/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
5/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Marketing plan)
6/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
7/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
9/5 MON-8:30pm SD Club
11/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
12/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Produk)
15/5 SUN-12pm ROYALTY CONVENTION $$$$$$, Sunway Convention Center
16/5 MON-8:30pm SD Club
17/5 TUE-8:30pm Seremban, Hotel Sri Malaysia
18/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
19/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (System wheel of success)
20/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
21/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
21/5 SAT-3pm SP, Emerald Puteri
23/5 MON-8:30pm SD Club
25/5 WED-8:30pm KL, Wisma Getah Asli
26/5 THU-8:30pm Training NZ Office, Midvalley (Marketing Plan + Motivation)
27/5 FRI-8:30am KB, One Station Hotel
28/5 SAT-3pm JB, Bluewave Hotel
30/5 MON-8:30pm SD Club

Friday, April 29, 2011

Mengapa Kita Perlu Kurus.

Mengapa kita perlu kurus?

1. Kesihatan
 
Inilah punca utama mengapa kita perlu kurus.Ramai juga yang berkata, "biarlah gemuk janji sihat..." Ada ke gemuk yang sihat.Sudah tentu tiada.Ketika Miza gemuk diusia muda, memang tiada masalah.Namun apabila usia semakin meningkat, sedikit demi sedikit penyakit yang kecil-kecil mula mendatang.Ini punca-punca kecil yang lama-kelamaan jika dibiarkan penyakit yang besar pula yang datang.Dengan itu Miza tidak mahu mengambil ringan dengan masalah kesihatan yang kecil-kecil ini.Miza perlu berubah. Sejarah keluarga juga ramai yang menderita akibat kencing manis dimana ia sedikit demi sedikit mengundang penyakit lain yang lebih besar.

2. Keyakinan Diri

Pasti ramai yang menghadapi masalah ini. Miza pun menghadapi masalah yang sama satu ketika dulu. Terutama ketika suami mengajak menghadiri aktiviti-aktiviti 'Dinner', Hari Keluarga, Rekreasi dan sebagainya bersama-sama rakan sekerjanya. Miza kalau boleh cuba mengelak untuk pergi.Apa tidaknya isteri-isteri  rakan sekerjanya semuanya slim-slim belaka.Rasa malu sangat. Kesian kat suami pun ada juga sebab isterinya gemuk.Maka sampai bila ingin berterusan begini. Kini dengan Slim Diet 2, keyakinan diri semakin meningkat. Suami pun seronok sebab Miza dah selalu menemainya kemana saja suami pergi.

3. Pergerakan Terbatas

Miza walaupun gemuk suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Tapi bila badan gemuk aktiviti kita agak terbatas. Kalau terlebih aktif sikit mulalah sakit lututlah, sakit pergelangan kakilah dan macam-macam lagi.Akibatnya suamilah yang menjadi mangsa terpaksa urut sana-sini yang sakit.Sambil-sambil tu pekakkan aje telinga mendengar suami membebel.
Tapi semenjak amalkan Slim Diet 2, sakit lutut dan sendi semuanya dah hilang.Suami pun senang hati. Cuma sesekali minta diurut, itupun bukan kerana sakit tapi rindu dengan urutan suami. Hehehehehe.....

4. Susah Nak Bergaya

Memang bermasalah. Baju yang cantik semuanya tak muat, semuanya tiada saiz kita.Saiz XXL tak banyak pilihan.Selalu hampa.Miza ada group yang selalu membeli fesyen yang sama untuk digayakan jika ada aktiviti riadah.Mereka selalu marah sebab bila sampai kat Miza aje pasti tiada saiz.Kalau ada saiz pun mesti kat perut dan punggung tak muat.Terpaksa beli yang seakan-akan sama fesyennya untuk saya.Pastu pakaian Miza lah yang paling mahal.Geram betul.Kalau shopping tak pernah cukup sejam-dua untuk menemui pakaian yang sesuai.
Sekarang dengan Slim Diet 2, Miza dah mula pakai saiz L. Miza juga dah boleh beli pakaian yang cantik-cantik melalui on-line.Hehehehe....jangan jealous...

5. Pandang Rendah Masyarakat

Tidak dinafikan masyarakat sentiasa memandang rendah kepada orang gemuk. Selalu menjadi bahan ketawa dan gurauan.Tak kira dimana saja. Sedangkan merekapun bukannya bagus sangat nak mengejek dan menghina orang yang gemuk.Namun itu semua dugaan dan cabaran. Sekarang Miza nekad untuk kurus bukan kerana dihina tapi demi kesihatan diri. Miza perlu sihat untuk menguruskan anak-anak dan keluarga.
Sekarang Miza banyak mendekati orang-orang yang bersaiz XXL untuk membantu mereka menurunkan berat badan.Bukan niat memerli tetapi hati ikhlas ingin membantu berkongsi produk yang bagus dan terbukti berkesan agar kita sama-sama kurus, sihat dan cantik.

Untuk mereka yang betul-betul ingin berubah dan yakin boleh berubah untuk diri-sendiri, cubalah Slim Diet 2 hari ini juga. Jangan lepaskan peluang yang ada.
InsyaAllah, Miza akan cuba membantu.

Hubungi Miza (017-6763608) atau http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com

JOM BERDIET DENGAN SLIM DIET 2

Friday, March 25, 2011

8.1 Juta Rakyat Malaysia Obes

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia menjangkakan kira-kira 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini mengalami masalah obesiti pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Yahya Baba berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini disebabkan gaya hidup dan kesedaran mengenai kesihatan masih kurang.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini obesiti dan ia menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Statistik menunjukkan obesiti dikalangan orang dewasa negara ini meningkat 250 peratus dalam 10 tahun dari 1996 sehingga 2006, begitu juga dengan pelajar sekolah, 16 peratus daripada mereka mengalami obesiti.
Masalah ini harus dibendung secepat mungkin kerana obesiti akan menyebabkan pelbagai penyakit. Sebab itu negara menganjurkan pelbagai program untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat tentang bahaya obesiti.


Semakin ramai rakyat Malaysia gemuk.
Saya dengan berbesar hati menyeru semua yang menghadapi masalah obesiti, marilah menyertai Program Pelangsingan Slim Diet 2. Program yang selamat dan penurunan berat badan secara semula jadi.

Friday, March 11, 2011

Apa Perbezaan Slim Diet 2 dan Produk Pelangsingan Yang Lain?

Bezanya Slim Diet 2 (SD2) dengan produk diet yang lain ialah:
 
1) Ianya diformulasi oleh 2 org professor dari Harvard Medical School iaitu Dr George Carhill dan Dr George Blackburn. kedua2 professor ini pakar dalam kajian pemakanan di University yang paling terkemuka… di dunia. Produk Diet yg lain ada back up sehebat ini? Siapa yg formulasinya?

2) SD2 dikilangkan oleh syarikat New Image International, Auckland New Zealand dan dipasarkan di Australia, New Zealand, Taiwan, Malaysia, Singapura, Indonesia, HongKong, Filipina dan Japan. Kira SD2 ini “WORLD CLASS” produk. Produk lain dikilangkan di mana? di Malaysia? di kilang kontrak?

3) Konsep diet SD2 ialah MEAL SUPPLEMENT -iaitu anda dibenarkan MAKAN ketika berdiet. Pelikkan? Tapi perlu makan protin sahaja, kurangkan karbohidrat. Konsep produk diet lain ialah MEAL REPLACEMENT- iaitu kena berlapar dan tak boleh makan apa-apa. So SD2-anda diet tapi kena MAKAN!

4) Selamat dan efektif kerana bersumberkan pemakanan alam semulajadi dan pembakaran lemak dibadan juga secara semulajadi.

5) Program pelangsingan badan yang pertama mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.

6) Tiada kesan sampingan seperti sakit perut atau kerap buang air besar. Kumuhan pembakaran lemak
    dibuang secara semulajadi dengan meminum banyak air.


Friday, March 4, 2011

Pentingnya Keto Sticks dalam Program Slim Diet 2

Keto Sticks digunakan untuk menguji air kencing dengan mengukur jumlah ketone iaitu kumuhan pembakaran lemak dibadan.

Cara penggunaa:
Lalukan atau rendamkan pada air kencing dan biarkan selama 1 minit dan lihat jika ada perubahan warna:

1. Warna Putih   :   Tidak ada pembakaran lemak.Kita masih memakan banyak karbohidrat yang menyebabkan
                              pembakaran lemak tidak berlaku.
2. Warna Pink    :   Pembakaran lemak sedang berlaku secara optimum.
3. Warna Ungu   :   Tidak cukup air dan/atau karbohidrat.Perlu minum air lagi sekurang-kurangnya 2 liter sehari
                              dan tambah karbohidrat yang diperlukan sedikit supaya menjadi pembakaran secara optimum
                              dan keto stick pink kembali.

Sekiranya kita membuat ujian waktu pagi, maka ia menunjukkan apa yang kita makan pada malam tadi dan jika di waktu petang, maka ia menunjukkan apa yang kita makan pada sarapan dan makan tengahari.

Saturday, February 12, 2011

Khasiat Cuka Epal

Assalamuaalikum.....


Hari ini aku nak berkongsi cerita mengenai kebaikan cuka epal...sebelum ini aku tidak pernahpun mendengar nama cuka epal atau apple cider vineger,namun sejak aku mengamalkan Program Slim Diet 2 nama cuka epal ini semakin menjadi perhatian.Aku tercari-cari apakah fungsinya dalam Program SD2 ini.Nak cubapun takut.Al-maklumlah, sebelum ni orang kata cuka itu tajam asidnya tapi setelah segala maklumat diperolehi barulah aku faham bahawa cuka epal ini lain dari cuka biasa tu.
Mungkin di luar sana masih ramai yg tidak mengetahui khasiatnya yang membantu dengan lebih cepat bila diminum dengan SD2 untuk  proses memecahkan molekul lemak bagi proses metabolisme.

Jom kita baca sedikit cerita berkenaan cuka ini dan kaitannya dengan penggunaan SD2 teutama bagi yang mengalami penurunan agak perlahan....kerana setiap orang berbeza proses metabolisme yang terjadi dalam badan masing2.


Kenapa Perlu mengambil Apple Cider Vinegar dan kaitannya dengan Slim Diet2???

Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat.
Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :

* Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
* Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
* Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
* Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
* Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
* Memperbaiki masalah sistem kencing.
* Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


***Anda dinasihatkan HANYA mengamalkan/gunakan cuka epal ini sekali atau dua kali sehari sahaja...sebanyak 1 sudu kecil dicampur secawan air diminum selepas makan...JANGAN TERLEBIH SUDAHLAH!!!

***Cubalah cuka epal organik kerana ia lebih baik untuk kesihatan.Boleh didapati dimana-mana pasaraya Giant atau farmasi...***

Di bawah adalah contoh-contoh cuka epal yang berada dipasaran.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...