Monday, June 13, 2011

Tips Kurus Badan Secara Selamat

Alhamdulillah…. lega sikit rasanya harini.. dapatlah Miza luangkan masa untuk berkongsi sedikit tips untuk semua yang sedang mengamalkan SLIM DIET 2 untuk menguruskan badan juga pada mereka yang masih lagi tercari2 produk untuk kurus..
Memang sebaiknya kita mencari cara menguruskan badan yang selamat.  Pelbagai bahan di jual di pasaran yang digunakankan untuk kurus badan,  tetapi adakah bahan kurus badan yang di jual itu selamat diamalkan? Mungkin mereka menjanjikan selamat.. Tiada kesan sampingan.. tidak berbahaya.. tetapi siapa boleh menjamin kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan menurunkan berat badan tersebut?
Contohnya bahan yang kini amat popular yang dapat mengurangkan selera makan iaitu hoodia , ada sumber mengatakan hoodia  boleh mengakibatkan kesan pada hati jika diambil dalam jangka masa panjang. Jika ubatan mengunakan dadah seperti duramin dsb. pula memberi kesan pada otak dan pengambilanya hanya disyorkan dalam masa yang singkat sahaja dalam lingkungan 3 bulan jika tidak ia akan membawa kesan buruk. Miza pernah cuba semua tu semata-mata nak turun berat.. Memang boleh turun berat, pasal kita jadi tidak ada nafsu untuk makan, tapi selepas berhenti je, terus naik badan dengan mendadak.. :(

Kali ini Miza ingin menceritakan mengenai lecithin, mungkin tidak ramai lagi mengetahui bahawa lecithin adalah bahan yang dapat digunakan untuk kurus badan. Lecithin selalunya diperolehi daripada extract soya.
Lecithin adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan. Tahu tak orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.


Kebaikan Lecithin
1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
7. Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yang membakar lemak dalam badan. Inilah yang pentingnya untuk kurus badan.
9. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Jadi pada yang tengah mengamalkan diet SLIM DIET II (SD2) apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan  ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.
Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin  E tersebut. Terdapat berbagai jenis jenama diluar sana dan senang untuk dibeli.. memang bagus sangat..
Jadi apa kata anda amalkan produk SLIM DIET 2 + lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping dapat turunkan berat badan dengan selamat, baik untuk kesihatan dan mental anda. Selamat mencuba….

Untuk keterangan lanjut… jangan segan-segan hubungi Miza tau.. (017-6763608) / http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com/ / rosmeza71@gmail.com hari ini juga.. jangan tangguh-tangguh lagi kerana lemak anda semakin hari semakin menebal tu.. Insyallah Miza akan cuba bantu mereka yang betul-betul nak turunkan berat badan anda dengan mencuba produk SLIM DIET 2… :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...