Kalkulator BMI

Kalkulator BMI -1- Asas Pengiraan Menggunakan Formula Matematik

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk kita membina sebuah aturcara untuk mengira BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan. BMI ialah ukuran yang selalu digunakan dalam bidang perubatan dan kecergasan untuk menilai samada seseorang itu mempunyai berat badan ideal ataupun tidak. Dibawah ialah sedikit info tentang BMI
Formula BMI
atau boleh ditulis sebagai BMI = Berat (KG)/ (Tinggi * Tinggi) (m)
manakala skala BMI pula:
BMI table
bahagian yang berwarna
  • Kelabu = Kurang Berat Badan
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul
  • Biru = Lebih Berat Badan
  • Hitam= Obesiti
tetapi untuk memudahkan aturcara yang akan kita bina, saya telah mengubahsuai sedikit jadual ini seperti dibawah
  • Kelabu = Kurang Berat Badan (<18 )
  • Biru Cair = Berat Badan Unggul (24.9> BMI>18.1)
  • Biru = Lebih Berat Badan (25>BMI>29.9)
  • Hitam= Obesiti Tahap 1 (40>BMI>30)
  • Hitam = Obesiti tahap 2 (>40)
Jadi sekarang kita sudah memahami dan tahu sedikit sebanyak tentang BMI ini, tetapi sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut lagi, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Body_mass_index
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...