Sunday, November 6, 2011

Bersenam Meningkatkan Metabolisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang Miza sayangi.....
Miza baru balik dari kampung sempena Aidil Adha. Rasa seronok cuti ni sebab kebetulan di kampung ramai yang menyertai penyembelihan korban. So dapatlah daging lebih sikit tahun ni. Apa lagi, Miza pun minta kebenaran dari mak mentua untuk buat daging bakar cicah air asam. Hehehehehe....bukannya apa. Dah lama teringin nak makan daging bakar. Hem....meleleh air liur...
Di kampung Miza sempat juga bersenam di Dataran Labis. Best juga...Walaupun di kampung majoriti bangsa yang suka bersenam tetap bangsa Cina, namun mereka lebih mesra menyapa kita. Boleh dikatakan sepanjang berjogging + berjalan, raut wajah tak lekang dari senyuman dek mesranya masyarakat disini. Disini aku tak banyak jogging sebab trek terlalu rata. Miza mengambil keputusan untuk turun-naik tangga saja.
Hari kedua Miza bersenam disekitar perkampungan mak mentua saja sebab trek lebih bagus dengan banyaknya jalan yang turun-naik bukit. Hehehehehe.....konon nak mencabar sikit akhirnya macam nak pewai bila sampai dirumah. Disekitar perkampungan Miza lihat ramai bangsa Melayu bersenam dengan cara berkebun diawal pagi.Bagus juga sambil bersenam menanam budi pada tanah banyak fadhilatnya. Macam ayah Miza walaupun tinggal di pinggir bandar masih suka berkebun dan untungnya ayah Miza boleh mendapat keuntungan hasil dari titik peluhnya dengan menjual hasil pertanian ke pasar tani, pasar borong dan kedai runcit sekitar Seremban.
Berbalik kepada cerita bersenam, Miza ingin menasihatkan semua yang mengambil SD2. Walaupun SD2 boleh menurunkan berat badan tanpa senaman namun bagi yang mempunyai berat yang amat berlebihan senaman itu sangat penting. Miza juga begitu. Berat Miza dahulu 89kg. Sehingga pada satu tahap berat Miza tidak berubah lagi. Nak tak nak Miza mesti bersenam untuk menurunkan berat badan. Bersenam juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme. Perlu diingatkan senaman mesti betul. Jika tidak penat saja yang dapat tapi berat tetap tidak turun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...