Tuesday, June 21, 2011

Apakah Rahsia Kejayaan Slim Diet 2 Dalam Menurunkan Berat Badan Anda?

Ramai rakan-rakan dan pengguna SD2 bertanya kepada Miza, "macam mana dengan makan apa saja tapi boleh kurus?", "betul ke wajib makan untuk kurus?" dan berbagai lagi pertanyaan. Di sini Miza ingin menerangkan serba sedikit bagaimana SD2 berjaya menurunkan berat badan anda.

Badan anda mempunyai 2 sumber tenaga iaitu:
1. Makanan yang anda makan
2. Lemak yang tersimpan atau terkumpul dalam badan.


Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula atau kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai Tahap Karbohidrat Kritikal atau ringkasnya CCL. Apabila lemak hancur, ketona dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Ketona diukur menggunakan kertas jalur ujian air kencing atau KETO STICK (lihat gambar di bawah). Dapatkan Keto Stick ini dari Miza pada harga RM20. Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.

Pastikan bacaan adalah berwarna 'pink' (merah jambu)
UJIAN AIR KENCING JALUR KETOSTIK

Warna Putih/Tiada = Pengambilan karbohidrat terlalu
                                 tinggi untuk menggalakkan
                                 pemecahan lemak.
Warna Pink           = Bacaan ideal yang menunjukkan
                                 berlakunya pembakaran lemak.
Warna Ungu          = Perlu menambahkan pengambilan
                                 karbohidrat dan air.
** Waktu yang paling sesuai melakukan ujian adalah seawal waktu pagi.Jalur Keto Stik mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...