Friday, March 25, 2011

8.1 Juta Rakyat Malaysia Obes

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia menjangkakan kira-kira 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini mengalami masalah obesiti pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Yahya Baba berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini disebabkan gaya hidup dan kesedaran mengenai kesihatan masih kurang.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini obesiti dan ia menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Statistik menunjukkan obesiti dikalangan orang dewasa negara ini meningkat 250 peratus dalam 10 tahun dari 1996 sehingga 2006, begitu juga dengan pelajar sekolah, 16 peratus daripada mereka mengalami obesiti.
Masalah ini harus dibendung secepat mungkin kerana obesiti akan menyebabkan pelbagai penyakit. Sebab itu negara menganjurkan pelbagai program untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat tentang bahaya obesiti.


Semakin ramai rakyat Malaysia gemuk.
Saya dengan berbesar hati menyeru semua yang menghadapi masalah obesiti, marilah menyertai Program Pelangsingan Slim Diet 2. Program yang selamat dan penurunan berat badan secara semula jadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...