Monday, November 7, 2011

3 Kesalahan Ketika Bersenam

3 Kesalahan Ketika Bersenam.


Assalamualaikum dan salam sayang. Hari ini Miza ingin berbicara sedikit mengenai 3 kesalahan ketika bersenam yang biasa kita lakukan. Ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk bersenam di pusat rekreasi,gimnasium atau dimana saja yang kita minati. Namun adakah corak senaman kita itu benar-benar boleh menurunkan berat badan atau hanya letih sahaja yang diperolehi. Kesian pula rasanya bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tiada menunjukkan kesan. Akhirnya ramai yang berputus asa.Mari kita lihat 3 kesalahan ketika bersenam berikut :

1.  Berjalan kaki. Sekarang ini galak kita lihat kempen berjalan 10,000 langkah. Disini Miza ingin menasihati semua yang ingin menurunkan berat badan, agar berjalan pada trek yang ada kecondongan iaitu ada turun dan naik bukit. Bukan trek yang rata. Bagi yang menggunakan treadmill cubalah naikkan kecondongan treadmill pada sudut 15-20 darjah.

2.  Berbasikal. Berbasikal juga bagus namun untuk tujuan menurunkan berat badan berdirilah ketika mengayuh. Jika anda masih berdegil untuk duduk, tiada kesan akan diperolehi. Berdirilah agar posisi badan dapat bergerak dan membakar lemak lebih banyak.

3. Jogging. Berjogging boleh mengurangkan otot. Ini amat merugikan kerana otot boleh membantu membakar lemak lebih banyak. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan kadar metabolisme seseorang. Cara yang lebih baik adalah dengan menukarkan tahap kekuatan antara berjalan dan berlari. Tak kisahlah kekuatan yang bagaimana kerana mengikut kemampuan diri.

3 kesalahan ketika bersenam ini jika dapat dielakkan, Miza percaya penurunan berat badan akan menjadi lebih mudah. Cubalah, insyaAllah anda pasti berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...