2.Cubalah berdiet jus sayur-sayuran atau 'vegetable-juice' sahaja untuk dua (2) hari
Ini adalah cadangan kedua untuk anda mencuba. Sebenarnya ini adalah cadangan kesukaan yang disarankan oleh Dr. Allan Spreen seorang “Nutrition Physician” bagi mereka-mereka yang ada masalah plateau ketika berdiet.
Laluilah satu hari atau dua hari tanpa mengambil apa-apa makanan yang lain melainkan jus sayur-sayuran yang segar. Saya bukan mencadangkan anda mengambil V8 atau jus kotak segera tetapi jus yang dimaksudkan adalah jenis yang anda boleh buat sendiri dirumah dengan blender atau mixer.
Pilihlah apa sahaja jenis sayur-sayuran yang anda rasakan boleh dimasukkan kedalam blender anda dan juga jenis yang anda boleh minum jusnya. Jangan ambil apa-apa makanan lain dalam tempoh waktu ini termasuk juga SD2.
Boleh juga tambahkan campuran minuman air suam dengan jus lemon dan jangan lupa minumlah air kosong dengan banyak dalam tempoh waktu ini.
Pada hari yang ketiga anda boleh bermula diet SD2 anda seperti biasa dan lihatlah jika anda berjaya menurunkan berat badan anda semula.
No comments:
Post a Comment