Cubalah berdiet sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari.
Senenarnya anda boleh mencuba berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda kena bersikap terbuka untuk membuat ujikaji terhadap diri anda.
Anda boleh meningkatkan kadar karbohidrat anda sekiranya anda kerap memakan karbohidrat yang rendah. Cuba berhenti jenis-jenis makanan yang meragukan dan hanya mengambil lauk-lauk sahaja seperti daging, ikan dan ayam serta sayur-sayuran hijau sahaja untuk beberapa hari. Berhenti memakan makanan tiruan seperti 'low carbohydrate bar'. Minumlah banyak air.
Namun begitu, sebelum anda mencuba mana-mana cadangan ini pastikan yang anda betul-betul ada masalah plateau dan bukan kerana kesalahan berdiet.Anda boleh mencuba salah satu teknik berikut dan juga pernah dicuba dan berjaya untuk mengatasi masalah plateau bagi sesetengah orang.
1. Jangan makan apa-apa selain sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama tiga (3) hari. Ini akan membantu supaya badan anda beralkali serta mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi khasiat yang tinggi. Makanlah sebanyak mana anda mahu dan boleh tambahkan lemak yang baik seperti minyak flaxseed, minyak zaiton dan butter. Selepas tempoh ini anda boleh mula berdiet SD2 semula dan pastikan anda mengikut semua peraturannya seperti biasa dan perhatikan jika anda ada perubahan dari segi penurunan berat anda.
Dalam tempoh 3 hari tu , kira tak mnum sd2 la ? Btol ke mcm tuh ?
ReplyDelete