5.Cubalah makanan berasaskan daging sahaja selama 3 hari.
Ini adalah cadangan yang kelima untuk anda mencuba keatas diri anda sekiranya anda menghadapi masalah plateau. Pilihlah satu cara yang paling sesuai untuk diri masing-masing kerana tidak semua orang sama dari segi biokimia tubuh dan kesukaan masing-masing juga berbeza.
Untuk cadangan ini pula anda hanya perlu memakan makanan bersumberkan daging sahaja selama tidak lebih dari tiga hari dan minumlah banyak air kosong.
Diet Lindora telah mengubahsuai teknik ini sekali dalam seminggu dari sumber protien yang diperbagaikan. Diet Stillman juga menggunakan konsep ini, yang agak melampau dari segi program makanan yang berterusan tetapi mungkin juga berguna untuk beberapa hari bagi melancarkan semula penurunan berat badan.
Program diet Stillman menekankan makanan dari sumber daging bersih atau “lean meat” sahaja samada daging lembu, ayam, ayam belanda, ikan, telur dan juga cheese jenis cottage, farmer atau pot yang diperbuat dari susu skim (susu yang telah dikeluarkan dadihnya). Tidak ada langsung lemak dan karbohidrat, serta air kosong sahaja untuk diminum.
Anda boleh mulakan semula berdiet SD2 apabila masuk hari keempat dan perhatikan akan penurunan berat anda pada hari selanjutnya.
Jadikan SD2 sebagai program diet anda yang terakhir. Tidak perlu berlapar untuk menurunkan berat badan.
No comments:
Post a Comment