Sunday, June 26, 2011

FiberMax Suplemen Serat Makanan Semulajadi (Bantu Melawaskan Sembelit...)

FiberMax – Suplemen Serat Makanan Semulajadi (untuk membantu mereka yang susah untuk buang air besar juga baik untuk pembersihan kolon)


• Lima jenis serat larut
• Larut dalam air dan jus
• Enak dan serbaguna
• Pek ekonomi baru bersaiz 420 gm / tin
• Membantu penghadaman yang sihat untuk jangka panjang

New Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium, serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan. Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat khususnya yang istimewa.
Sekiranya anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak 30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih baik dan berkesan.

Ekstrak Akar Chicory

Serat larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama, kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk usus yang lebih sihat.

Psyllium

Kebanyakan jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium (sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato, terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermenafaat dalam kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum, selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa menafaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh larut.
Psyllium telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir boleh dipanggil serat “ajaib”  kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi serat larut dan juga serat tak larut.

Serat Soya

Serat soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
  • Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
  • Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
  • Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
  • Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
  • Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
  • Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit


Dedak Oat

Dedak oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat. Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol terhadap pengambilan dedak oat.  Ia menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu, mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat banyak menafaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.

Pektin


Pektin Epal

 Pektin juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan usus.







 

Campurkan FiberMax kedalam setiap hidangan SD2 untuk penurunan berat yang lebih berkesan.

Tuesday, June 21, 2011

Apakah Rahsia Kejayaan Slim Diet 2 Dalam Menurunkan Berat Badan Anda?

Ramai rakan-rakan dan pengguna SD2 bertanya kepada Miza, "macam mana dengan makan apa saja tapi boleh kurus?", "betul ke wajib makan untuk kurus?" dan berbagai lagi pertanyaan. Di sini Miza ingin menerangkan serba sedikit bagaimana SD2 berjaya menurunkan berat badan anda.

Badan anda mempunyai 2 sumber tenaga iaitu:
1. Makanan yang anda makan
2. Lemak yang tersimpan atau terkumpul dalam badan.


Apabila anda mengurangkan pengambilan karbohidrat (gula atau kanji) badan anda secara semulajadi akan mula menghancurkan lemak untuk mendapatkan tenaga. Jumlah karbohidrat yang mencetuskan penghancuran lemak disebut sebagai Tahap Karbohidrat Kritikal atau ringkasnya CCL. Apabila lemak hancur, ketona dikeluarkan dan proses ini dipanggil Ketosis. Ketona diukur menggunakan kertas jalur ujian air kencing atau KETO STICK (lihat gambar di bawah). Dapatkan Keto Stick ini dari Miza pada harga RM20. Keadaan kimia ini baik untuk menghancurkan lemak dengan begitu pantas serta juga menghalang kelaparan yang keterlaluan.

Pastikan bacaan adalah berwarna 'pink' (merah jambu)
UJIAN AIR KENCING JALUR KETOSTIK

Warna Putih/Tiada = Pengambilan karbohidrat terlalu
                                 tinggi untuk menggalakkan
                                 pemecahan lemak.
Warna Pink           = Bacaan ideal yang menunjukkan
                                 berlakunya pembakaran lemak.
Warna Ungu          = Perlu menambahkan pengambilan
                                 karbohidrat dan air.
** Waktu yang paling sesuai melakukan ujian adalah seawal waktu pagi.Jalur Keto Stik mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna.

Sunday, June 19, 2011

Pengambilan Slim Diet 2 Ketika Berpuasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Diam tak diam kini dah pun masuk bulan Rejab.Lepas Rejab bulan Syaaban diikuti pula Ramadhan. Tentu sekarang ni ramai yang berpuasa sunat atau pun puasa ganti. Apa-apa pun Miza pasti pembaca ingin mengetahui cara-cara mengamalkan Slim Diet 2 ketika berpuasa. Jangan risau disini Miza akan terangkan cara-cara pengambilan Slim Diet 2 ketika berpuasa.

Kaedah Pertama:
  •  SD2 - 2 skup dan ambil sahur seperti biasa
  •  SD2 - 2 skup ketika berbuka sebelum mengambil juadah.
  •  SD2 - 2 skup sebelum solat Tarawih
  •  SD2 - 2 skup sebelum tidur.

Kaedah Kedua:
  •  SD2 - 3 skup sebelum bersahur
  •  SD2 - 3 skup ketika berbuka iaitu sebelum mengambil juadah
  •  SD2 - 2 skup sebelum tidur.
*Pastikan sehari ambil 8 skup SD2 dan amalkan pemakanan seperti yang dicadangkan sahaja.Lihat cadangan pemakanan di ruangan Resepiku.

Walaupun niat berpuasa bukan untuk kurus namun Miza pasti puasa sambil mengamalkan Slim Diet 2 amat berkesan dalam membantu penurunan berat badan. Bagi yang masih tercari-cari produk penurunan berat badan buatlah pilihan dengan tepat dan pantas. Mengapa hendak bertangguh lagi.Produk Slim Diet 2 amat berkesan dan paling penting selamat. Ada tiga bulan saja lagi untuk kita bergaya pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Jika ikut peraturan yang ditetapkan 12kg pasti turun dalam masa 3 bulan. Buktinya Miza sendiri. Dulu sebelum mengamalkan Slim Diet 2, berat Miza 89kg kini selepas 6 bulan berat Miza 69kg.Malah bagi mereka yang tiada masalah dalam kesihatan penurunan lebih banyak dari Miza. Kuasa tindakan ditangan anda. Bertindaklah dengan pantas demi kesihatan diri kerana obesiti adalah pengundang pelbagai penyakit.
Hubungi Miza 017-6763608 atau layari http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com untuk maklumat lanjut. InsyaAllah Miza sedia membantu.

Monday, June 13, 2011

Tips Kurus Badan Secara Selamat

Alhamdulillah…. lega sikit rasanya harini.. dapatlah Miza luangkan masa untuk berkongsi sedikit tips untuk semua yang sedang mengamalkan SLIM DIET 2 untuk menguruskan badan juga pada mereka yang masih lagi tercari2 produk untuk kurus..
Memang sebaiknya kita mencari cara menguruskan badan yang selamat.  Pelbagai bahan di jual di pasaran yang digunakankan untuk kurus badan,  tetapi adakah bahan kurus badan yang di jual itu selamat diamalkan? Mungkin mereka menjanjikan selamat.. Tiada kesan sampingan.. tidak berbahaya.. tetapi siapa boleh menjamin kesan jangka panjang pengambilan ubat-ubatan menurunkan berat badan tersebut?
Contohnya bahan yang kini amat popular yang dapat mengurangkan selera makan iaitu hoodia , ada sumber mengatakan hoodia  boleh mengakibatkan kesan pada hati jika diambil dalam jangka masa panjang. Jika ubatan mengunakan dadah seperti duramin dsb. pula memberi kesan pada otak dan pengambilanya hanya disyorkan dalam masa yang singkat sahaja dalam lingkungan 3 bulan jika tidak ia akan membawa kesan buruk. Miza pernah cuba semua tu semata-mata nak turun berat.. Memang boleh turun berat, pasal kita jadi tidak ada nafsu untuk makan, tapi selepas berhenti je, terus naik badan dengan mendadak.. :(

Kali ini Miza ingin menceritakan mengenai lecithin, mungkin tidak ramai lagi mengetahui bahawa lecithin adalah bahan yang dapat digunakan untuk kurus badan. Lecithin selalunya diperolehi daripada extract soya.
Lecithin adalah gabungan choline, inosite dan  asid lemak. Lecithin ini sebenarnya adalah sumber mentah setiap sel dalam badan. Tahu tak orang kencing manis dan darah tinggi akan mengambil lecithin untuk menjaga kandungan darah mereka.


Kebaikan Lecithin
1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
7. Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yang membakar lemak dalam badan. Inilah yang pentingnya untuk kurus badan.
9. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Jadi pada yang tengah mengamalkan diet SLIM DIET II (SD2) apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan  ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.
Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin  E tersebut. Terdapat berbagai jenis jenama diluar sana dan senang untuk dibeli.. memang bagus sangat..
Jadi apa kata anda amalkan produk SLIM DIET 2 + lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping dapat turunkan berat badan dengan selamat, baik untuk kesihatan dan mental anda. Selamat mencuba….

Untuk keterangan lanjut… jangan segan-segan hubungi Miza tau.. (017-6763608) / http://www.slimdiet2-amieza.blogspot.com/ / rosmeza71@gmail.com hari ini juga.. jangan tangguh-tangguh lagi kerana lemak anda semakin hari semakin menebal tu.. Insyallah Miza akan cuba bantu mereka yang betul-betul nak turunkan berat badan anda dengan mencuba produk SLIM DIET 2… :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...