Sunday, November 20, 2011

Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti

Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti.

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pembaca blog Miza. Hari ni Miza nak kongsi sedikit cerita minyak zaitun membantu masalah obesiti. Bagaimana ye???Minyak zaitun boleh menentang obesiti??? Terutamanya bagi pengamal diet SD2, pasti ada yang tertanya-tanya apa kebaikan minyak zaitun dalam program penurunan berat badan. Sedangkan semua orang tahu minyak selalunya tidak baik untuk kesihatan kerana lemak yang terkandung didalamnya. Namun, minyak zaitun amat berbeza.
Buah Zaitun

Bagaimana Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti?
Dalam Program Diet SD2, anda dinasihatkan mengambil satu sudu minyak zaitun dalam setiap kali pengambilan SD2 empat kali sehari. Persoalannya, mengapa???
Untuk pengetahuan semua, minyak zaitun mengandungi 0 gm Karbohidrat, 9 kkal/gm Kalori, Vitamin E, Vitamin A, Vitamin K, Omega 3 dan Omega 6. Sejarah telah membuktikan selain dari segi penjagaan kesihatan yang baik, masyarakat Mediterenian (Sepanyol dan Yunani) yang kaya dengan hasil minyak zaitun mengalami masalah obesiti dan kegemukan yang sangat kecil. Pengamalan secara berterusan boleh menurunkan berat badan sebanyak 8kg dalam masa 3 bulan.
Kandungan nutrien dalam minyak zaitun berupaya memberi rasa kenyang yang lama. Minyak zaitun akan memerintah otak untuk mengeluarkan hormon leptin lebih banyak. Hormon leptin lawannya ialah hormon ghrelin. Leptin adalah hormon yang bertugas sebagai pemberi rasa kenyang manakala ghrelin adalah hormon yang memberi rasa lapar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun bersama SD2 sebelum makan akan mengawal kita mengambil makanan yang berlebihan.

Minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan membakar 3 kali lebih cepat berbanding lemak tak baik.Selain dari itu, minyak zaitun juga berfungsi meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Pengambilan minyak zaitun mampu meningkatkan 60% kadar metabolisme berbanding mereka yang tidak mengambilnya dan membantu penghadaman yang lebih lancar. Dengan itu pengambilan minyak zaitun membantu masalah obesiti dengan lebih cepat. Jadi apa tunggu lagi. Segera dapatkan minyak zaitun yang berkualiti untuk membantu penurunan yang lebih pantas.
Namun minyak zaitun ada berbagai jenis. Nak pilih yang mana?

Jenis Minyak Zaitun.
Minyak Zaitun Membantu Masalah Obesiti

Terdapat pelbagai pilihan minyak zaitun di pasaran. Pastikan pilih yang tertulis 'extra virgin' atau 'virgin' kerana
ia adalah yang terbaik untuk kesihatan.Ia juga mengandung polypenol yang tinggi iaitu anti-oksidan yang tinggi untuk kesihatan jantung. Hem.....banyak lagi khasiat buah zaitun ni. Cuma disini Miza kongsikan yang berkaitan untuk membantu masalah obesiti sahaja.Semoga berjaya. Yang pasti minyak zaitun membantu masalah obesiti.

Monday, November 7, 2011

3 Kesalahan Ketika Bersenam

3 Kesalahan Ketika Bersenam.


Assalamualaikum dan salam sayang. Hari ini Miza ingin berbicara sedikit mengenai 3 kesalahan ketika bersenam yang biasa kita lakukan. Ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk bersenam di pusat rekreasi,gimnasium atau dimana saja yang kita minati. Namun adakah corak senaman kita itu benar-benar boleh menurunkan berat badan atau hanya letih sahaja yang diperolehi. Kesian pula rasanya bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh tapi tiada menunjukkan kesan. Akhirnya ramai yang berputus asa.Mari kita lihat 3 kesalahan ketika bersenam berikut :

1.  Berjalan kaki. Sekarang ini galak kita lihat kempen berjalan 10,000 langkah. Disini Miza ingin menasihati semua yang ingin menurunkan berat badan, agar berjalan pada trek yang ada kecondongan iaitu ada turun dan naik bukit. Bukan trek yang rata. Bagi yang menggunakan treadmill cubalah naikkan kecondongan treadmill pada sudut 15-20 darjah.

2.  Berbasikal. Berbasikal juga bagus namun untuk tujuan menurunkan berat badan berdirilah ketika mengayuh. Jika anda masih berdegil untuk duduk, tiada kesan akan diperolehi. Berdirilah agar posisi badan dapat bergerak dan membakar lemak lebih banyak.

3. Jogging. Berjogging boleh mengurangkan otot. Ini amat merugikan kerana otot boleh membantu membakar lemak lebih banyak. Secara tidak langsung ia akan mengurangkan kadar metabolisme seseorang. Cara yang lebih baik adalah dengan menukarkan tahap kekuatan antara berjalan dan berlari. Tak kisahlah kekuatan yang bagaimana kerana mengikut kemampuan diri.

3 kesalahan ketika bersenam ini jika dapat dielakkan, Miza percaya penurunan berat badan akan menjadi lebih mudah. Cubalah, insyaAllah anda pasti berjaya.

Sunday, November 6, 2011

Bersenam Meningkatkan Metabolisme

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang Miza sayangi.....
Miza baru balik dari kampung sempena Aidil Adha. Rasa seronok cuti ni sebab kebetulan di kampung ramai yang menyertai penyembelihan korban. So dapatlah daging lebih sikit tahun ni. Apa lagi, Miza pun minta kebenaran dari mak mentua untuk buat daging bakar cicah air asam. Hehehehehe....bukannya apa. Dah lama teringin nak makan daging bakar. Hem....meleleh air liur...
Di kampung Miza sempat juga bersenam di Dataran Labis. Best juga...Walaupun di kampung majoriti bangsa yang suka bersenam tetap bangsa Cina, namun mereka lebih mesra menyapa kita. Boleh dikatakan sepanjang berjogging + berjalan, raut wajah tak lekang dari senyuman dek mesranya masyarakat disini. Disini aku tak banyak jogging sebab trek terlalu rata. Miza mengambil keputusan untuk turun-naik tangga saja.
Hari kedua Miza bersenam disekitar perkampungan mak mentua saja sebab trek lebih bagus dengan banyaknya jalan yang turun-naik bukit. Hehehehehe.....konon nak mencabar sikit akhirnya macam nak pewai bila sampai dirumah. Disekitar perkampungan Miza lihat ramai bangsa Melayu bersenam dengan cara berkebun diawal pagi.Bagus juga sambil bersenam menanam budi pada tanah banyak fadhilatnya. Macam ayah Miza walaupun tinggal di pinggir bandar masih suka berkebun dan untungnya ayah Miza boleh mendapat keuntungan hasil dari titik peluhnya dengan menjual hasil pertanian ke pasar tani, pasar borong dan kedai runcit sekitar Seremban.
Berbalik kepada cerita bersenam, Miza ingin menasihatkan semua yang mengambil SD2. Walaupun SD2 boleh menurunkan berat badan tanpa senaman namun bagi yang mempunyai berat yang amat berlebihan senaman itu sangat penting. Miza juga begitu. Berat Miza dahulu 89kg. Sehingga pada satu tahap berat Miza tidak berubah lagi. Nak tak nak Miza mesti bersenam untuk menurunkan berat badan. Bersenam juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme. Perlu diingatkan senaman mesti betul. Jika tidak penat saja yang dapat tapi berat tetap tidak turun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...