Apakah azam 2011 anda? Kewangan yang stabil, kerjaya lebih kukuh atau tukar kereta baru?
Apa sahaja yang anda idamkan, tolong pastikan yang satu ini tidak disisihkan iaitu KESIHATAN.
Semua pasti setuju jika dikatakan tidak guna kemewahan dan harta benda jika tubuh badan menderita sakit. Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walaupun tubuh badan yang sihat belum tentu menjamin kebahgiaan tetapi tanpa penyakit sekurang-kurangnya kita mampu berusaha mencapai hidup yang lebih selesa.
Menyingkap diari kesihatan sepanjang tahun lalu, penyakit berpunca dari gaya hidup masih menjadi antara beban yang menghantui kebanyakan rakyat Malaysia.Diabetes,tekanan darah tinggi,strok,paras kolesterol tinggi,obesiti, kegagalan buah pinggang,jantung,kanser dan sebagainya adalah penyakit yang sangat berkait rapat dengan gaya hidup.
Mungkin tahun baru ini waktu yang sesuai untuk mengubah segalanya.Jalani gaya hidup yang lebih sihat, jaga pemakanan, jangan lupa bersenam,lakukan pemeriksaan saringan berkala,jauhi rokok dan arak.Itu antara kunci kesihatan secara am.Kesedaran awal dalam menangani setiap penyakit harus ada dalam setiap individu. Sikap menangguhkan rawatan dan menunggu sehingga penyakit menunjukkan tanda-tanda serius harus dibuang.
"Kurang manis ya...."
Berdasarkan kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman ialah sebanyak tujuh sudu teh sehari (51g) iaitu empat sudu teh gula pasir (21g) dan tiga sudu teh (30g) susu pekat manis.Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.Ini boleh mengundang peningkatan berat badan dan menyebabkan obesiti.Keadaan ini lebih serius jika diet seharian adalah tinggi lemak dan kurang aktiviti fizikal yang dilakukan.
Dengan itu marilah kita bersama-sama mengubah cara hidup yang sihat. Amalkan sarapan dengan Alpha Lipid sebelum memulakan aktiviti harian anda demi kesihatan yang unggul.Berdietlah dengan pemakanan yang seimbang dengan Slim Diet 2. Cubalah anda pasti tidak menyesal kerana produk kami adalah berkualiti. Jaminan pulangan wang semula jika tiada perubahan dengan syarat telah mengikuti semua syarat-syarat pemakanan yang dicadangkan.
Kurangkan gula ya!!!.. |
No comments:
Post a Comment