Pertama kali aku menyertai perniagaan Alpha Lipid dan Slim Diet 2 ini, aku agak keliru dan kurang berkeyakinan. Target aku pada mulanya, hanyalah ingin kurus sedikit dari biasa.Al-maklumlah, umur dah semakin meningkat ke 40 tahun.Bimbang kerana pada umur begini banyak penyakit yang tidak diundang akan datang jika kita tidak menjaga kesihatan dan pemakanan kita. Bukan aku tak mencuba produk lain. Dah berbagai-bagai produk telah kucuba. Namun oleh kerana aku tidak boleh berlapar maka akhirnya aku terjumpa produk Slim Diet 2.
Setelah segala maklumat telah ku baca,aku mengambil langkah pertama mencuba dan sign up terus keahlian. Tin pertama, setiap pagi aku berdebar bila ingin menimbang berat badan. Bila jarum penimbang menunjukkan penurunan, Alhamdulillah........tapi, masih ragu-ragu lagi sehinggalah habis 1 tin.Ya Allah......Alhamdulillah....produk Slim Diet 2 ini memang berkesan dengan izin Allah, aku turun 3 kg dalam seminggu.Barulah diri ini percaya pada slogan Slim Diet 2, "berat badan turun 3 kg dalam masa seminggu".Memang benar.
Slogan yang kedua pula menyatakan "Kurus tanpa berlapar", juga betul. Aku tidak perlu ikat perut untuk kurus.Malah aku wajib makan untuk kurus. Aku boleh makan apa sahaja kecuali karbohidrat dan gula. Kini, walaupun baru sebulan setengah aku menggunakan produk Slim Diet 2, aku telah kurus 7 kg. Alhamdulillah....aku akan terus menggunakan Slim Diet 2 untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan.
Untuk pengetahuan semua, penurunan ini hanya dengan minum Slim Diet 2 sahaja. Aku langsung tidak bersenam kerana aku memang seorang yang sibuk dalam pekerjaan harianku.Bayangkanlah jika aku mengamalkan senaman 30 min sehari pasti penurunan lebih pantas akan berlaku.Bayangkan juga jika aku bersauna 20 min setiap hari pasti, ya sudah pasti penurunan berat badanku lebih efisyen seperti mana testimoni-testimoni yang lain dimana mereka turun berpuluh-puluh kilo dalam 2 hingga 3 bulan sahaja. Jadi azamku pada bulan hadapan, aku mesti luangkan sedikit masa untuk bersenam setiap petang dan ujikajiku akan dijalankan seperti biasa untuk membuktikan penurunan ini akan lebih pantas jika mengamalkan senaman 30 min setiap hari. InsyaAllah......
Kesimpulannya, produk Slim Diet 2 memang hebat. Slim Diet 2 bukan produk pembohongan dan omong kosong sahaja.Maka anda juga perlu cuba.Anda cuba,anda rasa sendiri perubahannya."Jika tiada perubahan penurunan berat badan wang anda akan dikembalikan" inilah slogan Slim Diet 2 yang ketiga. Tak percaya? Anda cubalah, anda pasti percaya setelah anda melihat sendiri perubahannya.
Peluang Perniagaan
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 8, 2011
Bagaimana Mengatasi Masalah Plateau? Part 6 (Terakhir).
6. Cubalah Berpuasa Diet Lemak.
Teknik ini adalah cadangan cara diet Atkins, tetapi ianya patut digunakan hanya bagi orang yang memang tidak berjaya juga mengikut cadangan-cadangan saya sebelum ini untuk mengatasi masalah plateau. Hanya orang yang mengalami masalah halangan metabolisma keterlaluan sahaja patut mencuba cara ini dan memang tidak berjaya langsung untuk menurunkan berat badan mereka walau dengan apa cara sekalipun.
Cara atau teknik ini sebenarnya adalah hasil kajian oleh Kekwick & Pawan dimana para penyelidik telah memberi pesakit yang dikaji dengan 1,000 kalori diet makanan sehari dimasa 90% daripadanya adalah lemak. Hasilnya memang sangat berkesan serta menunjukkan penurunan berat yang sangat baik dari program diet yang lain.
Pada tahap ini anda memang kena belajar mengira kalori jenis-jenis makanan. Didalam versi Atkins, anda juga disarankan hanya memakan 1,000 kalori makanan sehari dengan 70% ke 90% daripadanya datang dari lemak. Atkins mencadangkan untuk mengambil 5 kali sehari makanan dengan saiz yang kecil dengan jumlah lebihkurang 200 kalori setiap hidangan.
Contoh makanan hidangan berlemak sebanyak 200 kalori tersebut adalah seperti berikut:-
Atkins hanya menggunakan kaedah ini untuk orang yang memang langsung tidak boleh menurunkan berat badan mereka walau dengan apa cara sekalipun, sebagai usaha untuk menggalakkan para pendiet bahawa penurunan berat badan memang boleh berlaku bagi setiap orang. Namun begitu, teknik ini hanya digunakan untuk tidak lebih dari 5 hari sahaja.
Jika anda memang terdiri dari kategori orang-orang yang mengalami halangan metabolisma keterlaluan, maka bolehlah mencuba cadangan yang terakhir ini. Selepas 5 hari, maka anda boleh mencuba semula diet SD2 dan lihatlah kesannya pada penurunan berat badan selanjutnya.
Jika anda tidak berjaya juga mengikut cadangan yang terakhir ini, maka bersyukurlah pada Tuhan dengan apa yang anda ada, berdoalah supaya anda sentiasa sihat dan tidak perlulah lagi bersusah payah serta membazirkan masa serta wang dengan mencuba berbagai-bagai program diet yang memang bukan untuk tubuh anda. Namun begitu, jangan sekali-kali mengambil ubat diet atau ubat menguruskan badan yang kesan sampingannya lebih bahaya daripada anda kekal dengan berat serta bentuk badan yang sedia ada.

- 30 gm kacang macademia atau butter kacang macademia
- 60 gm cheese berkrim
- 2 biji telur dengan 1 sudu besar mayonaise
- 30 gm ikan tuna atau dada ayam dengan 2 sudu kecil mayonaise beserta seperempat buah avocado
- 60 gm hirisan daging yg dimasak dengan 2 sudu besar minyak zaitun
Atkins hanya menggunakan kaedah ini untuk orang yang memang langsung tidak boleh menurunkan berat badan mereka walau dengan apa cara sekalipun, sebagai usaha untuk menggalakkan para pendiet bahawa penurunan berat badan memang boleh berlaku bagi setiap orang. Namun begitu, teknik ini hanya digunakan untuk tidak lebih dari 5 hari sahaja.
Jika anda memang terdiri dari kategori orang-orang yang mengalami halangan metabolisma keterlaluan, maka bolehlah mencuba cadangan yang terakhir ini. Selepas 5 hari, maka anda boleh mencuba semula diet SD2 dan lihatlah kesannya pada penurunan berat badan selanjutnya.
Jika anda tidak berjaya juga mengikut cadangan yang terakhir ini, maka bersyukurlah pada Tuhan dengan apa yang anda ada, berdoalah supaya anda sentiasa sihat dan tidak perlulah lagi bersusah payah serta membazirkan masa serta wang dengan mencuba berbagai-bagai program diet yang memang bukan untuk tubuh anda. Namun begitu, jangan sekali-kali mengambil ubat diet atau ubat menguruskan badan yang kesan sampingannya lebih bahaya daripada anda kekal dengan berat serta bentuk badan yang sedia ada.
Sunday, January 2, 2011
Azam 2011: Sihat Mental dan Fizikal.
Sihat Mental dan Fizikal
Apakah azam 2011 anda? Kewangan yang stabil, kerjaya lebih kukuh atau tukar kereta baru?
Apa sahaja yang anda idamkan, tolong pastikan yang satu ini tidak disisihkan iaitu KESIHATAN.
Semua pasti setuju jika dikatakan tidak guna kemewahan dan harta benda jika tubuh badan menderita sakit. Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walaupun tubuh badan yang sihat belum tentu menjamin kebahgiaan tetapi tanpa penyakit sekurang-kurangnya kita mampu berusaha mencapai hidup yang lebih selesa.
Menyingkap diari kesihatan sepanjang tahun lalu, penyakit berpunca dari gaya hidup masih menjadi antara beban yang menghantui kebanyakan rakyat Malaysia.Diabetes,tekanan darah tinggi,strok,paras kolesterol tinggi,obesiti, kegagalan buah pinggang,jantung,kanser dan sebagainya adalah penyakit yang sangat berkait rapat dengan gaya hidup.
Mungkin tahun baru ini waktu yang sesuai untuk mengubah segalanya.Jalani gaya hidup yang lebih sihat, jaga pemakanan, jangan lupa bersenam,lakukan pemeriksaan saringan berkala,jauhi rokok dan arak.Itu antara kunci kesihatan secara am.Kesedaran awal dalam menangani setiap penyakit harus ada dalam setiap individu. Sikap menangguhkan rawatan dan menunggu sehingga penyakit menunjukkan tanda-tanda serius harus dibuang.
"Kurang manis ya...."
Berdasarkan kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman ialah sebanyak tujuh sudu teh sehari (51g) iaitu empat sudu teh gula pasir (21g) dan tiga sudu teh (30g) susu pekat manis.Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.Ini boleh mengundang peningkatan berat badan dan menyebabkan obesiti.Keadaan ini lebih serius jika diet seharian adalah tinggi lemak dan kurang aktiviti fizikal yang dilakukan.
Dengan itu marilah kita bersama-sama mengubah cara hidup yang sihat. Amalkan sarapan dengan Alpha Lipid sebelum memulakan aktiviti harian anda demi kesihatan yang unggul.Berdietlah dengan pemakanan yang seimbang dengan Slim Diet 2. Cubalah anda pasti tidak menyesal kerana produk kami adalah berkualiti. Jaminan pulangan wang semula jika tiada perubahan dengan syarat telah mengikuti semua syarat-syarat pemakanan yang dicadangkan.

Kurangkan gula ya!!!.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)