Thursday, January 26, 2012

TIPS KESIHATAN

Tips Kesihatan.


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Al-Quran menyarankan tips-tips kesihatan yang amat berguna kepada manusia. Antara saranan Al-Quran ialah:-

1. Bersenam atau beriadah - solat juga merupakan kombinasi riadah dan senaman
2. Mengawal makanan - makanan bersumberkan yang halal lagi baik.

Selain itu Nabi Muhammad SAW pernah menyarankan agar melakukan perkara berikut sebagai amalan yang baik untuk kesihatan, ibadah dan penyerahan diri kepada Allah SWT.

a. Mandi Pagi Sebelum Subuh
Kita harus membersihkan diri dengan mandi sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi punyai tubuh yang cergas dan tidak gemuk-gedeber.



b. Amalkan Minum Air Sejuk Sebaik Bangun Pagi
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Kelebihannya ialah memberikan kesegaran pada badan, mengantikan air yang kehilangan di malam hari ketika tidur dan sebagainya.



c. Berzikir Dan Sujud Selepas Solat Subuh
Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertakafur dengan bersujud sekurang-kurangnya semint selepas selesai berdoa.
Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Melalui bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

















d. Tidak Mencampurkan Makanan Laut dan Daging Untuk Dimakan Dalam Satu Masa.


Rasulullah SAW tidak menyukai dan menasihatkan agar kita tidak mencampurkan daging dari haiwan di darat dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit seperti sakit perut, mual-mual dan sebagainya. Ini telah terbukti dengan penemuan oleh saintis iaitu di dalam daging ayam mengandungi ion (+) manakala ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindakbalas biokimia. Ia akan menghasilkan ketidakseimbangan kimia iaitu mampu merosakkan usus kita. Apabila proses penghadaman terganggu, pelbagai penyakit kronik akan menyerang.


e. Menjilat Jari Selepas Makan
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa terdapat banyak enzime terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. (enzime sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak boleh dihadam)



f. Makan Ketika Lapar Berhenti Sebelum Kenyang


Amalan sunat Rasullah SAW ialah baginda akan hanya makan setelah Nabi SAW berasa lapar dan berhenti sebelum baginda kenyang. Bahkan sekiranya terdapat hidangan dihidangkan khas untuk baginda sedangkan disebelah baginda ada tetamu yang lainnya. Maka Rasullah SAW akan menjamah makanan itu dan berkongsi selebihnya dengan tetamu.
Rasullah SAW makan sekadar untuk mengalas perut dan bukan untuk memenuhkan perut. Makan sehingga kekenyangan hanya akan memudaratkan tubuh, mengundang penyakit kritikal, merubah bentuk fizikal tubuh, otak menjadi lembam dan dan pergerakan menjadi lembab. Menurut kajian sains juga, makan berlebihan adalah punca kepada penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang rosak dan sebagainya.


g.Bersukan atau sekurang-kurangnya mengeluarkan peluh
Nabi SAW menyukai aktiviti sukan bahkan menggalakkannya. Nabi Muhammad SAW pernah bermain kejar-mengajar dengan Aisyah. Begitu juga Rasullah SAW menggalakkan umatnya untuk berlumba lari, memanah, berkuda dan berenang. Selain itu, dari segi amal ibadah pula Rasulullah menyuruh bahkan menjadi sunat untuk bangkit sepertiga malam dan melakukan qiamullail. Dalam hal yang sama Allah SWT mengangkat martabat dan menyukai hamba-hambanya yang bangkit sepertiga malam untuk dan melakukan solat tahajud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...